tepat jam 4.00 petang. aku dikejutkan dalam wassap keluarga
AnakCucuPakAli bahawa abang kesayanganku mengalami
kemalangan di jambatan ke 2 Pulau Pinang. lebih mengejutkan
mesej itu menyatakan kemalangan kali ini lebih teruk dimana moto beliau hancur.
Allahuakbar terus air mata sebak dan dada bergelora tidak sedap hati.
aku still keep update dengan family di parit buntar. Selepas beberapa
minit, panggilan yang tidak mahu ku dengari terpaksa aku dengari dimana
Khairi Suzali abang yang aku sayang lebih daripada segala2nya telah
dipanggil mengadap Ilahi. Perasaan ku tidak dapat digambar kan.
Dugaan paling kuat aku kena lalui.
Aku bergegas untuk mencari tiket pulang untuk menatap abg aku yang
Aku bergegas untuk mencari tiket pulang untuk menatap abg aku yang
kaku terbaring di atas katil buat kali terkahir. akan tetapi abg ku yang
sulong Along dapat menjemput ku utk pulang ke kampung halaman.
sepanjang perjalanan kami banyak berdiam dan setiap berita yang kami
dapat membuatkan kami kembali bgenang air mata.
Kini abang yg selalu tidak pernah berkira, seorang abg yang betanggungjawab
terhadap ibu dan ayah, isteri, abg, dan adik2 tiada lagi di muka bumi. Ayat
" Bro, lu balik gua banyak senang hati." ayat yang selalu diungkapkan setiap kali aku pulang ke kampung itu tiada lg kedengaran. Ya Allah cepat betol Engkau bawa abg e
ke pangkuan Mu Ya Allah. Terima Kasih ya Allah kerana Engkau lebih menyayangi abg e.
Tiada lagi gelajat menari, ketawa, bergurau, tido sekali. Setiap kali kami
berkumpul 6 beradik, abg e mesti tido sekali bersama walaupun beralaskan lantai yang sejuk. Ya Allah sesungguhnya aku amat merindui dirinya ya Allah.
lihatlah gelajat abg ku bergurau. songkok kulup. Ya Allah Kau kuatkan lah
keluargaku untuk menerima pemergian abg ku Khairi Suzali bin Wan Bahiah.
Aku tak mampu lagi untuk menulisnya. Cukup Sekadar di sini.
abg e kami semua rindu abg e. kak zue raudhah anan, semua rindu abg e.
abg e kami semua rindu abg e. kak zue raudhah anan, semua rindu abg e.
abg e jangan risau kami semua janji akan jaga kak zue rodah dan anan.
permegian abg e diiringi doa ibu ayah. abg e selalu cakap kat adik, doa ibu itu berkat dan dimakbulkan kan...
abg e tenang lah di sana. kami redha dengan pemergian abg e.
adik balik adik pergi melawa "rumah baru" abg e ea...
Terima kasih abg kerana berjaya jadi abg yang bertanggungjawab terhadap adik2,
jadi ank yang soleh, dan jadi suami yg bertanggungjawab.
salam sayang dari adik mu.....
Assalamualaikummmm